Friday, August 17, 2007

Menahan marah..

Menahan marah kerna perkara dunia adalah sifat terpuji. Firman Allah:

Tafsirnya: Dan hendaklah kamu saling bersegera merebut keampunan dari tuhanmu dan syurga yg seluas langit2 dan bumi; disediakan utk org bertakwa. Iaitu org2 yg menginfakkan hartanya dlm keadaan susah dan senang, yg menahan marahnya dan org yg memaafkan manusia lain; dan Allah kasih kpd org2 yg bersifat ihsan.(133 dan 134: Ali Imran)

Nabi bersabda: Sesiapa yg menahan marahnya sedangkan dia mampu untk melepaskan kemarahannya akan dpanggil pd hari kiamat dihadapan seluruh mahkluk dan akan diberikan kpdnya utk memilih mana2 bidadari yg dia kehendaki.(HR Tirmizi)

Cara2 merawati sifat marah:

1. Hendaklah dia memikirkan tentang kelebihan org yg brsifat lemah lembut dan menahan marah.
NAbi bersabda:
Siapa yg menahan marahnya; Allah akan menahan azabnya.(HR Thabrani; doif)

2. Hendaklah dia menakutkan dirinya dgn azab Allah sekiranya dia meneruskan kemarahannya dgn melakukan perkara yg dilarang(walaupun hanya sekadar memaki).

3. Hendaklah mengingatkan dirinya akibat dari dia melepaskan marahnya iaitu dendam dan permusuhan.

4. Hendaklah dia membayangkan betapa buruk dan hodohnya rupanya ketika marah.

5. Memikirkan tentang sebab dia marah dan hendak membalas dendam. Kalau kerna dunia dan syaitan atau hawanafsu maka hendaklah dia jauhkan.

Ini semua sekiranya dia marah bukan kerna agama. Kalau kerna agama dan persaudaraan seislam maka itu adalah marah yg terpuji dan dituntut sprti marah kepada org yg melakukan maksiat secara terang2 dan benci dan amat marah pd yahudi yg menyiksa umat Islam.
rujukan: Mau'izatul Mukminin oleh Jamaluddin al-Qasimi

0 comments: